Tahniah sekali lagi! Ayda Jebat akhirnya buka mulut hamil empat bulan

AKHIRNYA pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsi berita gembira mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi seperti yang didedahkan mStar pada 24 Februari lalu.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, memberitahu kandungannya kini sudah mencecah empat bulan dan berharap semua orang mendoakan proses kehamilannya berjalan lancar.

“Assalammulaikum, bismillah. Insya-Allah our junior is coming. Doakan yang indah-indah buat kami,” tulis Ayda menerusi laman Instagram miliknya.

Ayda turut berkongsi video dia memberi kejutan kepada suaminya.

Penyanyi lagu Parah Parah itu dijangkakan bakal melahirkan bayi sulungnya pada Oktober depan.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi majlis berbuka puasa di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam, Rabu.

Sebelum ini, mStar melaporkan Ayda sudah hamil selepas pelakon tersebut menemui pakar perbidanan dan sakit puan di Pusat Perubatan Prince Court untuk melakukan pemeriksaan.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*