Dengar kata tuan terus masuk sangkar bila disuruh, si comel bijak raih perhatian ramai

Bercerita tentang sifat kucing ini memang tak akan habis malah sangat mengembirakan buat yang memelihara haiwan terbabit. Mana tidaknya, ada yang nakal, pandai merajuk malah suka dengan air meskipun ia menjadi antara ‘mvsuh’ di kalangan kucing.

Kecomelan mereka ini mengundang kita juga sebagai pemilik akan rasa gembira dan tidak sunyi tatkala hanya ada kucing sahaja yang menemani.

Jadi selain makan dan menjaga kesihatan si comel, keselamatan disaat kita beristirehat juga sangat penting apatah lagi terdapat kes yang membuatkan kita juga tidak ingin berlaku terhadap si comel kesayangan. Begitulah juga dilakukan seorang pemilik akaun TikTok ini.

IMG_20210430_093833

Melalui perkongsian dia kepada umum, dia menunjukkan kesayangannya itu perlu tidur dalam sangkar dan perkara tersebut bagi mengelakkan daripada terjadi lagi kucingnya itu terjatuh memandangkan dia tinggal di tingkat 10.

Menerusi rakaman video pula memaparkan gelagat pandai kucingnya selepas dimintanya untuk masuk ke sangkar supaya tidur. Hanya berkata ‘masuk tidur’ kesayangan yang dianggap anak itu terus melakukannya.

Telatah comel apabila kucingnya itu mendengar kata meraih perhatian wargamaya dengan diruangan komen pula dihujani pelbagai reaksi ramai.

“Bagusnya, cam mana akak ajar dia…”

Kucing

“Alahai dengar cakap, comel”

IMG_20210430_093941

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*