Gadis Fasih Berbahasa Korea Dan Loghat N9, “Hahaha Comel, Boleh Jadi Pelakon”

Kebolehan bercakap dalam bahasa selain Melayu, Inggeris atau bahasa ibunda masing-masing adalah satu kelebihan yang sering mendapat perhatian ramai. Bagi yang memiliki kelebihan ini pastinya akan dikagumi kerana bukannya mudah untuk belajar dalam bahasa lain selain yang digunakan seharian.

Namun begitu, baru-baru ini tular di sosial media dengan satu video seorang gadis yang fasih berbahasa Korea. Dalam rakaman iu kelihatan gadis tersebut sedang membebel dalam bahasa Korea. Namun apa yang mencvri perhatian ramai adalah apabila gadis itu turut bercakap dalam loghat Negeri Sembilan (N9).

Perkongsian yang dimuat naik semula di Instagram Hot FM itu telah meraih perhatian ramai. Berikut adalah rakaman gadis fasih berbahasa Korea dan loghat N9 tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)


Wow, hebat betul gadis ini berbahasa Korea dan loghat N9! Siap dengan mimik muka yang sangat bersahaja lagi. Gadis ini sebenarnya membebel pasal Cov1d-19 yang sedang melanda Malaysia kini.

Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 329 ribu tontonan dan 32 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dan memuji kebolehan gadis ini. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Bahasa lain reaksi pun lain”

Fasih Berbahasa Korea 3

“Bulih tahan nogori eh. Tibo Korea lak haha”

Fasih Berbahasa Korea 2

“Orang Pilah ni bijak..Pandai cakap Korea”

Fasih Berbahasa Korea 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*