“Respect…”- Persiapan raya, Anzalna Nasir beli karpet ‘online’ dipuji wargamaya

Rasanya ramai sedang melakukan persiapan untuk menyambut hari raya pada tahun ini. Meskipun pada tahun ini sekali lagi kita akan beraya dengan suasana pandemik yang melanda dunia, namun serba sedikit perlu menyiapkan diri untuk meraikan hari raya bersama anak-anak dan isteri selepas sebulan kita berpuasa.

Meskipun begitu, ramai juga yang memilih untuk tidak keluar membeli belah namun dengan memilih untuk membeli secara online agar dapat mengurangkan pergerakan dan juga menjimatkan masa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Nampaknya begitulah yang dilakukan oleh pelakon jelita, Anzalna Nasir yang sedang melakukan persiapan hari raya kali ini.

IMG_20210504_121644

Menerusi ruangan Instagram, perkongsian pelakon drama Memori Cinta Suraya ini mengatakan oleh kerana tidak lama lagi kita semua bakal menyambut hari raya, jadi untuk mengambil mood raya lalu Anzalna Nasir menukar karpet rumahnya dengan membeli secara online sahaja.

“Tak lama lagi dah nak raya. Saja bagi feel nak raya tu so kita tukar carpet baru beli online saja di @carpetroyale,” tulisnya sambil memuat naik rakaman video.

Tindakan Anzalna Nasir membeli karpet secara online ternyata mendapat ratusan komen dengan menerima pujian ramai yang dianggap satu tindakan bijak.

“Terbaiklah, antara artis yang saya respect”

IMG_20210504_121916IMG_20210504_121854Karpet anzalna

“Benda boleh beli on9…”

IMG_20210504_121721Karpet anzalna

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*