“Tak Sangka Dia Selebriti Terkenal” – Pekerja Jual Karpet Tak Kenal Neelofa?

“Saya tak kenal pun Neelofa, memang biasanya saya ambil gambar pelanggan dan memuat naik di media sosial, perkara sama saya lakukan pada Neelofa dan suaminya, tak sangka dia selebriti terkenal,” kata seorang pekerja premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai, dekat sini.

Kredit foto: Harian Metro

Pekerja yang dikenali sebagai Hussein, 30-an berkata, Neelofa dan suaminya ke premis mereka Ahad lalu dan membeli beberapa permaidani termasuk dari Iran yang berkualiti tinggi dengan harga keseluruhan RM10,000.

“Saya hanya tahu Neelofa selebriti terkenal selepas gambar mereka berbelanja di kedai ini tular di media sosial.

“Saya layan mereka macam pelanggan biasa dan merakam gambar selepas membeli permaidani di sini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kredit foto: IG/Kosmo

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Neelofa dan Muhammad Haris atau PU Riz memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Ia berhubung dakwaan pasangan itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan.

Sias4tan susulan penularan gambar dan video Neelofa bersama suami dalam media sosial dipercayai ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai, dekat sini baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Menurutnya, susulan isu berkenaan, pihak polis turut ke kedai berkenaan semalam untuk mengambil keterangan.

“Polis tanya barang yang dibeli selebriti itu dan jumlahnya serta mengenai premis kami.

“Pihak polis ingin mendapatkan pengesahan bahawa Neelofa ada berkunjung ke premis kami untuk melengkapkan si4satan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*