“Solatnya Beratapkan Langit Dan Berlantaikan Bumi” Perkongsian Yang Amat Menyentuh Hati Netizen

Meskipun berlainan bangsa, agama serta kewarganegaraan bukanlah satu tembok penghalang untuk seseorang berbuat kebaikan sesama manusia. Ini kerana setiap agama menganjurkan penganutnya berbuat kebaikan tidak mengira apa pun kriteria.

Inilah kisah Jaharul Islam, seorang perantau dari Bangladesh yang jauh mengembara mencari sesuap rezeki . Video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok Jessy J, ini amat menyentuh hati netizen. Pekerja ini sangat berdedikasi serta amat menjaga solatnya. Tidak pernah kenal penat atau lelah, sampai waktu, beliau terus menghilangkan diri seketika untuk menunaikan solat.

Video:

Baru sahaja dia kelihatan sedang menunaikan solatnya beratapkan langit dan berlantaikan bumi, membuatkan mereka yang melihatnya turut tersentuh hati. Bukan tidak disediakan ruangan solat, namun katanya, Jaharul lebih selesa bertemu penciptaNya bersaksikan angin yang nyaman berhembus.

Komen Netizen:

Kuasa Allah

Kenapa Aku Menangis Ni

Peribadi yang indah inilah yang akan membuatkan hati manusia amat suka padanya. Bukan rupa mahupun harta, yang menjadi ukuran. Ketahuilah, sesiapa yang menjaga solatnya, sesungguhnya Allah swt sedang menjaganya dunia dan akhirat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok AuntyJejes_

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*