Pernah Isi Minyak Kereta RM2, Ramai Kongsi Kisah Hidup Susah Dengan Altimate

Setiap kejayaan semestinya bermula dengan kegagalan atau kesusahan, tetapi itu membuatkan kita lebih kuat untuk menempuh ujian hidup.

Penyanyi rap, Altimate ada kongsikan kisah hidupnya ketika baru menapak dalam indusatri sehingga pernah mengisi minyak kereta sebanyak RM2 sahaja.

Menurutnya, beliau terpaksa mengisi minyak dengan jumlah tersebut kerana ketika itu, itu sahaja wang yang beliau ada sebelum menanti payment seterusnya.

Posting yang dimuat naik oleh Altimate itu turut mendapat perhatian ramai sehingga ada yang turut sempat kongsikan kepayahan hidup mereka.

Lebih menarik lagi, Noh Salleh turut mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen bagi menceritakan bahawa beliau pernah meminjam kereta Altimate sewaktu penyanyi itu pulang sebentar ke Singapura.

Kita boleh lihat bahawa ramai orang pernah melalui kesusahan dalam hidup sebelum mereka berjaya seperti ini.

Jadi, bila dah berjaya tu jangan lah memandang serong pada mereka yang sedang hidup susah, sebalinya kita bantu apa yang mampu.

Sumber foto: Instagram Altimate

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*