Umur boleh tua, jiwa harus muda! Atuk stylo umur 77 tahun popular selepas OOTD depan rumah, cucu kongsi cabaran nak ajar posing

OTAI masih berbisa!

Mungkin itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kisah seorang warga emas berusia 77 tahun, Che Ahmad Shaari yang dijadikan model oleh cucu sendiri menerusi satu sesi photoshoot baru-baru ini.

Menurut cucunya, Muhamad Nadzarul Hafiz Mohamad Jasmizan, 19, dia secara suka-suka mengajak datuknya itu untuk menjalani sesi photoshoot dan sama-sekali tak menyangka hasilnya akan menerima pujian netizen.

“Kami buat photoshoot depan rumah saja pada Jumaat lepas. Kebetulan rumah saya sebelah rumah atuk. Sebelum ni saya ada tengok orang lain buat photoshoot dengan atuk mereka, jadi saya pun nak cuba.

“Saya pinjam baju bundle kawan-kawan saya dan ajak atuk ambil gambar. Prosesnya dalam sejam ke dua jam saja. Atuk pun OK, jadi saya teruskan seperti yang dirancang,” ujarnya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Mesra disapa Nadzarul, dia mengakui proses rakaman foto itu tidaklah semudah yang disangka.

“Kalau macam orang muda, mereka dah tahu bagaimana nak pose. Macam atuk pula, dia dengan gaya dirinya saja. Jadi saya kena ubah sikit, itu yang agak susah.

Nadzarul merupakan pelajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.

“Sebenarnya atuk pun tak tahu dia kena pakai macam tu. Lepas saya bagi, dia macam terkejut,” ujarnya berseloroh.

Menurut remaja yang menetap di Jitra, Kedah itu, dia juga terkejut apabila video sesi photoshoot yang dikongsi ke TikTok meraih lebih setengah juta tontonan dalam tempoh sehari.

InsyaAllah akan ada siri dua, sesi photoshoot seterusnya dengan atuk.

NADZARUL

Katanya, dia terharu dengan komen netizen yang rata-ratanya memberikan sokongan serta ucapan positif terhadap hasil fotografi itu.

“Saya ada maklumkan pada atuk yang dia dah viral, atuk terkejut dan macam tak percaya. Dia kata, tak kan la sampai tahap macam tu?

“Saya sendiri pun terkejut. Saya sekadar kongsi video untuk suka-suka saja. InsyaAllah akan ada siri dua, sesi photoshoot seterusnya dengan atuk sebab ramai yang minta nak tengok lagi,” ujarnya.

Sesi photoshoot berlangsung pada Jumaat lalu.

Bercerita mengenai dirinya, Nadzarul, anak pertama daripada dua beradik merupakan penuntut bidang Video dan Filem di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.

Dia juga baru sahaja berjinak-jinak mencari pendapatan sampingan dengan menawarkan khidmat fotografi dan videografi sejak sebulan yang lalu.

Untuk rekod, video photoshoot warga emas itu sehingga kini meraih 718, 000 tontonan di TikTok.

Malah, ramai netizen turut berjenaka dan mengakui cemburu dengan gaya dan aksi bersahaja warga emas itu.

Antara foto yang dirakam oleh cucunya sendiri.

“Atuk jom lepak minum Boba.

“Ni mesti baru ambil vaksin, cool lah atuk.

“Atuk saya lock atuk. Jangan siapa-siapa remb4t eh!

“Umur boleh tua, jiwa harus muda,” tulis beberapa netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*