Khai Bahar dihujani ‘ribuan’ komen, dipuji comel gara2 nyanyi berpenampilan unicorn

Kini beberapa sektor masih tidak dibenarkan untuk dijalankan dan itu termasuklah buat yang terlibat dalam dunia hiburan seperti penyanyi dan pelakon.

Walau bagaimanapun bagi penyanyi, Khai Bahar yang merupakan selebriti lelaki kegemaran ramai ini beralih ke media sosial untuk menghiburkan peminat disamping sebelum ini platform tersebut digunakan untuk berkongsikan perkembangan kerjayanya.

Meskipun begitu, ternyata satu perkongsian video dia membuat cover menyanyi lagu yang hangat menjadi pilihan terkini iaitu berjudul At My Worst daripada Pink Sweats mengundang dia menerima ribuan komen di posting.

Melalui ruangan Instagram, Khai Bahar mendapat perhatian dengan lebih 200,000 mata menonton persembahannya itu dimana lagu At My Worst turut menjadi trend di aplikasi TikTok.

Namun begitu, video Khai Bahar menyanyikan lagu At My Worst itu dengan berpenampilan unicorn mencetuskan peminatnya tak keruan sehingga dihujani dengan komen memujinya yang kelihatan comel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)


Ruangan komen di posting dapat dilihat rata-rata peminat yang menonton begitu layan dirinya yang menyanyikan lagu popular itu dengan berpenampilan unicorn.

“Kenapa comey sangat”

Selain dipuji comel, tak kurang juga suara Khai Bahar mendapat pujian yang jarang mengecewakan peminat dengan kemerduannya menyanyi.

“Ahhh sudah petang-petang dia buat scene comel”

“Arghhh kenapa cute ni”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*