[Vide0] “Beli barang guna duit sendiri” – Cari Rumah ‘Bendera Putih’ Untuk Beri Bantuan, Cik B Cvri Perhatian Ramai

Oleh kerana prihatin dengan mereka yang terkesan akib4t pandemik ini, penyanyi yang meningkat naik Cik B, turut mengambil inisiatif untuk memberi bantuan barangan asas di sekitar Ipoh Perak.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya baru-baru ini, Cik B yang juga anak kepada jutawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida, memberi barangan keperluan tersebut bersama adik lelakinya Kacak.

Beli barangan bantuan guna duit sendiri

Dalam satu video berdurasi hampir 6 minit, Cik B menyatakan hasratnya untuk membantu mereka yang terjejas. DSV yang teruja melihat keinginan Cik B, terus menyokong anaknya melakukan perkara mulia tersebut.

Menurut Dato Vida juga, Cik B membeli segala barang keperluan tersebut menggunakan duitnya sendiri. Hebatlah Cik B!

Cik B menyatakan niatnya, untuk mencari rumah yang meletakkan bendera putih untuk diberikan bantuan tersebut. Selain itu, dia turut memberitahu yang dia memberikan bantuan tersebut di beberapa daerah seperti di sekitar Chemor, Chepor, Manjoi, Lembah Kinta dan Meru.

Melalui satu lagi posting yang dikongsikan, Cik B menunjukkan perjalanan sepanjang bantuan diagihkan. Walaupun berdepan sedikit rintangan akibat hujan, misinya untuk membantu mereka memerlukan tetap tercapai.


Namun apa yang menarik perhatian apabila mereka pergi ke sebuah rumah, di mana penerima bantuan itu sedang mengalami penyakit dan terlantar di atas katilnya. Isteri pesakit tersebut memberitahu bahawa mereka memerlukan banyak bekalan pampers dewasa untuk suaminya itu. Tanpa mengambil masa lama, Cik B terus menuju ke pasar raya berdekatan dan membeli sebanyak 10 bungkus pampers untuk diberikan kepada keluarga tersebut.

“Adore betullah dengan Cik B”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Cik B dan adiknya ini. Hingga ada yang menyatakan Cik B sebagai anak muda yang perlu dicontohi.

Salute to Cik B! 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : lobak Merah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*