‘Ni Muhyiddin Yassin Ke?’

Baru-baru ini tular video seorang kanak-kanak lelaki kelihatan tergamam apabila melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin datang ke rumahnya untuk mengagihkan daging korban.

Menerusi video yang dimuat naik Buletin TV3 di Youtube, memaparkan reaksi kanak-kanak lelaki berkenaa yang terkejut dan teruja dengan kehadiran Perdana Menteri seolah-olah tidak percaya dengan kehadian Perdana Menteri itu.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen apabila kanak-kanak itu dengan selamba memanggil pemimpin nombor satu negara itu dengan nama panggilan sahaja.

Eh Muhyiddin Yassin lah.

Beliau dikatakan telah menghulur bungkusan daging korban itu sambil bertanyakan khabar kepada keluarga kanak-kanak berkenaan. Dalam pada itu, Muhyiddin sempat bertanya mengenai tempat persekolah kanak-kanak terbabit.

Rata-rata netizen memuji kanak-kanak berkenaan kerana menegur Perdana Menteri dengan nama panggilan. Malah ada juga di antara mereka kagum dengan tindakan Perdana Menteri yang turut hadir mengagihkan daging korban dari rumah ke rumah.

Sumber: Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*