[VIDEO] Suasana Makan Di Asrama Kucing Ini Raih Perhatian Ramai

Bukan mudah untuk menjaga kucing yang ditempatkan di pusat perlindungan ditambah pula dengan jumlah kucing yang banyak. Baru-baru ini pula, sebuah pusat perlindungan kucing menarik perhatian ramai apabila mereka berkongsikan suasana makan yang sangat tertib dan terjaga ini.

Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir lima juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut kagum melihat suasana makan yang diberikan kepada kucing-kucing yang ditempatkan di pusat perlindungan itu.

kucing makan

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan para pekerja di pusat tersebut sedang bersedia memberikan makanan kepada kucing-kucing di situ. Turut kelihatan, mereka telah siap menyusun mangkuk makanan kucing mengikut barisan.

Tidak lama kemudian, satu persatu sangkar kucing kemudiannya dibuka menandakan waktu makan yang telah tiba. Apa yang menarik perhatian ialah kesemua kucing yang dikeluarkan itu seolah-olah sudah tahu dengan rutin tersebut dan pandai mencari makanan di tempat yang disediakan.

Hanya dalam masa beberapa saat sahaja, hampir kesemua mangkuk yang disediakan itu sudah penuh diambil oleh kucing-kucing di situ. Bukan sahaja kucing di situ makan dengan tertib, malah mereka juga tidak berg4duh sesama mereka dan semuanya berjalan dengan lancar.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama kagum melihat suasana makan yang penuh teratur yang dikongsikan ini. Ada juga yang terpuk4u melihat gelagat kucing di sana yang sangat tenang dan bijak mengikuti rutin yang disediakan.

“Semua jenis tak g4duh bagusnya.”

suasana makan

“Uish macam asrama…”

kucing

“Macam tadika kemas.”

komen

“Orang sibuk nak makan, yang hitam sibuk ajak main.”

tik tok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*