“Amboi Datuk,Kvat Betul..”Di Usia 62 Tahun, Jamal Abdillah Bakal Timang Anak Kelima!

Penyanyi lagenda pop terkenal negara, Datuk Jamal Abdillah ada berkongsi berita gembira apabila dia bakal menimang cahaya mata ke-5 apabila isteri kesayangan, Datin Zai Izzati Khiruddin kini hamil 12 minggu.

Maklum Jamal, untuk kehamilan kali ini dia sangat berbesar hati jika dia dikurniakan seorang lagi anak perempuan.

Jiwa Penghibur, Jamal Abdillah Sempat Hiburkan Frontliners Usai Terima Vaks1n Di PPV

Penyanyi berusia 63 tahun itu berkongsikan berita gembira itu ketika sesi wawancara bersama seorang Youtuber di saluran Wafa TV, semalam.

Alhamdulillah (isteri) akan berpangkat sarjan, tiga calit nanti. Nak dapat satu lagi jadi tiga orang (anak). Kandungan isteri kini sudah memasuki tiga minggu. Saya sudah ada tiga anak lelaki, seorang saja perempuan. Jadi nak lagi cahaya mata perempuan. Apa pun alhamdulllilah dengan rezeki yang Allah bagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jamal Abdillah (@jamalabdillahofficial)


Penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir ini telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya pada tahun 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 20 bulan, dan El Issac Yamani atau Zack yang baru mencecah sembilan bulan.

Jamal yang pernah bernikah dua kali sebelum ini turut mempunya dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani,20, dan Ahmad Zaki Yamani, 15.

Komen Netizen:

Zai Izzati dalam pada itu turut menzahirkan perasaan gembira dan bersyukur akan kehadiran ‘orang baharu’ tidak lama lagi.

Tahniah diucapkan buat Datuk Jamal dan isteri di atas berita kehamilan ini!

 

Sumber: Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*