[VIDEO] “Mesti Tunku Azizah peminat Remy” – Netizen us1k, minta Remy dan Ezza buka hadiah daripada Agong

SEPERTI pasangan pengantin yang lain, Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusof turut tidak ketinggalan menerima hadiah sempena perkahwinan mereka yang baharu sahaja berlangsung pada Sabtu lalu.

Tapi nampaknya Remy atau Mohammad Zalimei Ishak, 39, lebih bertuah apabila menerima hadiah istimewa daripada Istana Negara.

Kata Remy dia terkejut namun berbesar hati menerima hadiah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

TONTON REMY TUNJUK HADIAH!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)


“Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas hadiah perkahwinan daripada Istana Negara kepada kami berdua.

“Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia Allah buat Tuanku dan Tunku,” tulisnya di Instagram.

Bukan sahaja Remy dan Ezza, para peminat pelakon filem Sangkar itu turut teruja dengan hadiah yang dibungkus dalam kotak serba kuning itu.

Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia Allah buat Tuanku dan Tunku.

REMY ISHAK

PELAKON

Malah ada juga yang sempat bergurau dengan berkata bahawa Tunku Azizah juga merupakan salah seorang peminat Remy.

“Mesti Tunku peminat Remy ni… untung ramai sayang.

“Untungnya dapat hadiah daripada Agong. Bukalah nak tengok dapat apa…. please.

REMY EZZA

Remy dan Ezza selamat bernikah pada 21 Ogos lalu.

“Alhamdulillah. Bertuahnya, mesti Tunku Permaisuri peminat setia lakonan Remy Ishak ni,” tulis beberapa netizen.

Remy selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang juga seorang usahawan, Ezza atau Roszaliza Yusof, 38, pada 21 Ogos lalu dalam satu majlis ringkas di Masjid Negara.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*