Kucing Kesayangan Nadiyah Shahab Hilang, Bagi Ganj4ran Ikut Kehendak Individu Yang Jumpa

Seperti yang diketahui ramai, pelakon Nadiyah Shahab dan suami, Ben Ali yang juga merupakan aktor dan usahawan membela tiga ekor kucing iaitu Fluffy, Mushy dan Theo.

Terbaru, Nadiyah berkongsi khabar sedih di Instagram (IG) apabila kehilangan salah seekor kucing kesayangan, Fluffy.

Dalam hantaran tersebut, aktres berumur 31 tahun itu memuat naik foto ‘Fluffy’ berserta ciri-ciri bagi memudahkan usaha pencarian.

Tolong hebahkan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab)

Kali terakhir dilihat di Grove, Lakefields, Sungai Besi. Memakai kolar biru tepat seperti dalam gambar ini.

Dalam pada itu, pemilik nama Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab berharap agar individu yang menjumpai Fluffy akan memulangkan semula dan dia sanggup memberi ganj4ran mengikut jumlah yang diinginkan.

Jika ada sesiapa yang terjumpa tolong pulangkan dia. Anda akan diberi ganj4ran mengikut jumlah yang anda mahukan.

Mesti mummy & daddy tak senang duduk

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat bersimpati dengan dugaan tersebut di samping mendoakan agar pasangan ini berjaya bertemu dengan Fluffy semula.

Sebelum ini, Nadiyah dan Ben mencvri perhatian ramai apabila bercuti ke Genting Highlands, Pahang bersama kucing kesayangan mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Instagram @nadiyah.shahab / Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*