Ibu mengandung suka makan beras, bunyi kruk kruk ‘crunchy’ mengunyah bikin ramai nak cuba… “Tapi nanti mak kata apa pula”

MENGIDAM cukup sinonim dengan ibu mengandung yang diterjemahkan sebagai keinginan tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika hamil.

Di media sosial macam-macam kisah dapat dibaca tentang ibu mengidam yang adakalanya tak tercapai dek akal.

Seperti wanita bernama Nurul Shahida Mohd Yunus ini, dia mengidam untuk makan beras mentah.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita berusia 28 tahun itu berkata keinginan luar biasa itu berlaku setiap kali dia mengandung berbadan dua.

“Masa mengandung anak sulung dulu pun saya mengidam nak makan beras. Selalulah saya akan pergi dapur untuk kunyah beberapa butir beras.

“Sampai sekarang saya mengandung anak kedua pun sama juga nak makan beras. Rasa nak makan tu datang masa mengandung je.

“Kalau tak mengandung saya tak teringin nak makan pun macam tu,” ujarnya yang senang disapa Shee.

Menurut Shee yang menetap di Semenyih, Selangor, dia tidak memiliki sebarang keinginan pelik lain ketika hamil.

Katanya lagi, tabiat memakan beras itu akan dilakukan setiap hari dan menjadi semakin kerap sejak usia kandungannya mencecah bulan kelima.

“Sekarang saya dah masuk sembilan bulan bersamaan 36 minggu mengandung.

“Masuk saja bulan ke lima mengandung, terus rasa nak makan beras setiap hari. Mula-mula tu saya makan cuma satu hingga dua kali saja dalam sehari.

Shee bersama suaminya.

“Sampai harini makin menjadi-jadi pula bila makin kerap saya suka makan beras sampai enam hingga tujuh kali akan ke dapur untuk makan beras belum dimasak,” imbas Shee.

Jelas wanita yang sudah berumah tangga lebih empat tahun itu lagi, dia akan membasuh beras terlebih dahulu sebelum dikunyah sehingga hancur lalu ditelan.

Untuk jenis beras pula, Shee lebih memilih untuk memakan beras jenis basm4ti yang lebih halus dan sedap serta dikatakan tidak terlalu keras berbanding beras biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Walaupun agak asing namun suaminya, Muhammad Fauzi, 24 tidak pernah mempertikai keinginan peliknya sejak mengandung anak pertama.

Mengenai video yang dikongsikan di TikTok sehingga menjadi tular, wanita ini dihujani dengan pelbagai komen netizen.

Ternyata, terdapat ramai ibu di luar sana yang turut memiliki keinginan sepertinya malah menasihati wanita ini agar berhenti mengunyah beras demi kebaikan diri.

Shee dan Fauzi sudah berkahwin lebih empat tahun.

“Tak sangka pula boleh viral video saya. Saya buat video suka-suka saja nak kongsi pengalaman mengidam masa mengandung.

“Kebanyakan netizen yang komen tu boleh kaitkan dengan pengalaman sama atau saudara mara mereka suka makan beras juga.

“Ada juga netizen yang nasihatkan saya supaya berhenti makan beras secara mentah tu. Kata mereka, bimbang akan berlakunya kerosakan pada gigi jika diteruskan apatah lagi doktor pun tak tahu saya makan beras ni,” kata Shee menutupi kisahnya.

Dalam pada itu ada juga dalam kalangan netizen yang menyatakan rasa teringin untuk berbuat demikian.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*