“Bang, saya hilang fokus salin resipi ni” – Kongsi video masak, pemuda bikin ramai ‘ger4m’ sebab suara merdu

“UNTUNG siapa jadi wife awak nanti.”

Demikian salah satu komen yang diterima jejaka ini pada videonya yang tular di media sosial.

Mempunyai pakej lengkap persis model, Muhammad Danial Faris Hashim yang berketinggian 175 sentimeter juga seorang yang kelakar dan ramah.

Bukan sahaja pandai memasak, jejaka ini juga mempunyai suara yang lunak dan merdu sehingga membuatkan video memasaknya tular di media sosial dan ditonton lebih 1.6 juta pelayar dalam tempoh dua hari disiarkan.

Maka tidak hairanlah apabila terlibat secara aktif menghasilkan kandungan memasak di TikTok, anak muda kelahiran Tangkak, ini mendapat perhatian warga maya.

“Pada Mei 2022, saya mula post video tetapi tak kerap… sejak video saya memasak tu mendapat tontonan ramai, saya cuba untuk menghasilkan video setiap hari semenjak Rabu (3 Ogos) hinggalah semalam (Jumaat).

“Kalau boleh nak buat sehari satu video sebab sentiasa ada permintaan,” katanya yang menginjak usia 26 tahun.

Menurut pegawai projek bagi Hydrochlofluorocarbons Phase-Out Management Plan ini, setiap video masakan yang dikongsi itu adalah berdasarkan resipi yang diperolehi di Google.

Malah dia turut mengakui hanya mengetahui teknik asas memasak semata-mata dan seterusnya hanya mengikuti setiap panduan yang diberikan.

“Saya belajar asas memasak daripada mak serta resipi Google… mungkin sebab bila cuti semester saya duduk di rumah parents, jadi saya suka cuba resipi-resipi viral. Pada masa sama, saya juga suka mengemas.

Danial merupakan alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM.

“Sebenarnya video memasak tu sambungan video sebelumnya iaitu ketika membeli barangan dapur. Walaupun barang dapur masih ada, saya tetap restock sebab malas nak ulang kali ke kedai. Tetapi, rata-rata komen yang saya terima ‘abang nanti barang abang beli tu expired’… jadi timbullah idea untuk buat video masakan pula.

“Tanpa disangka-sangka dapat sambutan sebab VO (voice over) yang saya buat untuk video tu menarik orang sehingga ramai yang minta saya buat content lagi. Jadi sebenarnya video yang saya buat tu sekadar suka-suka dan membalas komen yang diterima,” ceritanya yang turut terkenal kerana memakai pakaian pejabat ketika memasak.

Tidak dinafikan jejaka ini mempunyai suara yang sedap didengar, intonasinya juga kedengaran seperti seorang pembaca berita.

Mengulas lanjut mengenainya, Danial memberitahu berkemungkinan ia mempunyai kaitan dengan dirinya yang merupakan alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya major broadcasting, jadi memang sudah belajar intonasi suara dan sebagainya. Pertandingan menyanyi pun pernah tapi sekadar suka-suka saja.

“Cuma kalau buat VO commercial, baca berita, radio, drama memang banyak masa study dulu,” ujarnya yang sentiasa mendapat pujian melibatkan suara.

Menzahirkan rasa syukur dengan setiap pujian yang diterima, dia menganggap kelebihan dimiliki sekadar pinjaman sementara dan rezeki yang dikurniakan Allah.

Danial tidak menolak jika diberi peluang menjadi news reader.

Dalam pada itu, anak bongsu daripada empat beradik ini tidak menolak rezeki andai suatu hari nanti dipilih menjadi seorang pembaca berita.

Casting untuk jadi news reader tak pernah lagi sebenarnya. Bukan tak berminat cuma saya suka cuba sesuatu yang berbeza sebab masa study dulu pun saya dah buat part time backstage crew untuk konsert Gegar Vaganza dan sebagainya pada setiap hujung minggu.

“Jadi bila dah habis belajar ni, saya nak cuba c4bar diri saya dengan perkara baharu… tapi kalau ada rezeki untuk jadi news reader saya terima,” lu4hnya.

Tambahnya yang juga pernah menjadi model, pada masa ini dia telah menerima beberapa tawaran untuk membuat reviu berbayar.

Danial merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik.

Terdahulu videonya tular di aplikasi TikTok dan rata-rata netizen memuji suara serta aksi bersahaja yang ditonjolkan.

Malah ada yang menyifatkan dirinya sebagai ‘husband materials’ kerana pandai memasak dan menepati pakej lelaki idaman.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*