“Confirm tak kena ngorat” – Anak punya hal, bapa sanggup sarung uniform nurse isteri ugvt nak pergi kerja

SETIAP insan yang bergelar ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri dalam mendidik serta membentuk anak mereka.

Sesetengah ibu bapa memilih pendekatan secara lembut, namun ada juga menggunakan cara yang sedikit tegas dan k4sar.

Tidak kira apa pun pendekatan atau kaedah, tujuan mereka tetap sama iaitu untuk mendidik anak-anak supaya lebih faham mengenai apa yang betul dan salah dalam kehidupan harian.

Seperti video dimuat naik oleh Shasha Fazana, 28, yang menunjukkan gelagat suaminya, Nizam, 31, memakai uniform lengkap seorang jururawat bersama tudung.

Menurut Shasha, tujuan suaminya bertindak sebegitu sebagai tanda ‘mengvgut’ dua orang anak mereka yang tidak mahu mendengar kata.

“Video tu saya rakam masa dah nak masuk waktu Maghrib.

“Anak-anak kami tengah rancak berg4duh berebut mainan. Kebetulan pula masa tu ayah mereka tengah tolong gosokkan baju kerja saya.

“Jadi ayah mereka ugvt kalau tak nak dengar cakap dan berhenti berg4duh, malam tu dia akan pergi kerja,” katanya ketika dihubungi mStar.

Shasha bersyukur memiliki suami yang memahami kerjayanya.

Bagaimanapun ugvtan tersebut tidak diendahkan oleh kedua-dua anak mereka, menurut si ibu yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital di Pontian, Johor.

Melihat situasi itu, suaminya itu cuba memakai seluar kerja miliknya.

Kebetulan pula seluar itu muat, Nizam yang bekerja dalam bidang pendawaian juruteknik terus menyarung baju dan tudung pula.

“Lepas suami ugvt cakap nak pergi kerja sebab anak deg1l, mereka tak t4kut pun sebab mereka tahu kalau ayah pergi kerja tak ada baju khas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sampailah ayahnya terfikir nak pakai baju kerja saya. Mula-mula dia cuba seluar muat, jadi dia terus sarung baju dengan tudung.

“Anak-anak terus t4kut bila tengok suami buat macam tu. Mereka tak bagi ayahnya pergi kerja siap berhenti berg4duh,” kata Shasha.

Shasha berkata ini merupakan tindakan spontan dan bersahaja kali pertama dilakukan oleh suaminya sepanjang empat tahun tempoh perkahwinan mereka.

Pasangan ini sudah berumah tangga lebih empat tahun.

Walaupun dari luaran nampak dia seorang yang pendiam, namun menurut Shasha, suaminya merupakan seorang yang kelakar.

“Ini pertama kali saya tengok suami ugvt macam tu. Biasalah anak-anak lelaki dua orang berusia empat dan dua tahun tu memang kurang t4kut dengan ayah mereka, tambahan pula dia memang kerap menjaga anak-anak berbanding saya.

“Suami memang seorang yang pendiam saja sejak saya kenal dia tapi orang yang rapat dan kenal dia dah tahu perangai kelakarnya,” imbas Shasha.

Berikutan perkongsian di TikTok yang menjadi tular, video tersebut dihujani pelbagai komen oleh warga maya.

Shasha dan Nizam memiliki dua orang cahaya mata sepanjang usia perkahwinan.

Shasha berkata, walaupun masih baru dalam alam perkahwinan, dia mahu berterima kasih kepada suaminya yang memahami kerjayanya.

“Suami tak pernah merungut dengan kerja saya bila terp4ksa bekerja lebih masa atau dipanggi bertugas waktu cuti.

“Pesanan saya kepada sesiapa di luar sana yang memilih pasangan bekerja dalam badan uniform, jika mahu bercinta dengan mereka, bercintalah juga dengan kerjaya mereka,” ujarnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*