Stacy, Akim Pilih Nama Anak Kedua Isa

Tahniah diucapkan buat pelakon Stacy yang selamat melahirkan cahaya mata kedua iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan pada Ahad lalu.

Memetik BH Online, suaminya Akim Ahmad melu4hkan rasa teruja apabila dapat menemani isterinya di bilik bersalin serta menyifatkan ianya momen luar biasa.

“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zvriat saya itu.

“Tidak dapat hendak gambarkan perasaan saya detik itu… Sangat luar biasa. Selain itu, saya diberi peluang untuk bersama anak saya dalam sesi khas untuk mengukuhkan ikatan antara ayah dan bayi yang baru lahir,” katanya.

Akim memberitahu dia dan Stacy atau nama sebenar, Ummu Shaikhah Stacy Anam memilih nama anak keduanya itu Isa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)


“Saya pilih nama itu. Ia ringkas dan dekat dengan nama anak-anak saya yang lain. Kalau gabung ketiga-tiganya boleh jadi Isabella.” katanya sambil tertawa.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eshaal yang kini berusia 5 tahun serta mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella Deluna berusia 10 tahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*