“Satu2 Allah Curahkan Kebahagiaan Buat Mumy” Anak Tamat Pengajian, Didie Alias Luah Rasa Seb4k!

Tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu selain melihat kejayaan anak-anak kan, demikian juga dengan pelakon dan pelawak Didie Alias.

Menerusi satu perkongsian di instagramnya, bekas finalis Dewi Remaja 1990 ini memuatnaik luahan hati usai anak perempuannya berjaya menggapai segulung Ijazah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Dengan kapsyen juga tertulis “Alhamdullillah syukur..Satu2 Allah curahkan kebahagiaan buat mumy”

“Seorang lagi anakanda mumy terima Bachelor in International Business..
Tahniah @dinierdzn buat mumy rase mumy adalah wanita terbahagia dunia akhirat.
Hilang segala penat lelah mumy..
Amin yra Terima Kasih Allah”

Sudah tentu ia menggambarkan perasaan bangga seorang ibu kerana berjaya memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurdinie R. (@dinierdzn)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan ucapan tahniah buat Nur Dinie Mohd Ridzuan atas kejayaan tersebut.

Malah ada yang memuji cara Didie membesarkan anak-anaknya sehingga seorang demi seorang berjaya dalam pelajaran.

KOMEN NETIZEN;

Terdahulu, Didie pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan bercer4i pada 2002.

Perkahwinan tersebut telah dikurniakan lima cahaya mata, Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.

Sementara menerusi perkahwinan kedua, Didie bernikah dengan Norisham Ismail pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber; IG / https://www.tehtarikkaw.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*