Adik dijaga sejak usia 3 tahun tiba-tiba muncul hadiahkan cincin tanda kenang jasa, kakak gagal tahan air m4ta

KEAKRABAN hubungan antara adik-beradik tidak akan terlerai sampai bila-bila, bak kata pepatah, air dic1ncang tak akan putus.

Semestinya perasaan kasih dan sayang yang wujud itu sukar diterjemah kerana masing-masing membesar bersama dalam satu keluarga.

Sebagaimana video yang dikongsi Noor Aniza Mr Mohd Azam, 26, menunjukkan bapanya, Mr Mohd Azam Muda, 56, men4ngis ketika dia memberikan hadiah kepada ibu saudaranya, Nora @ Habsah Ismail, 59, yang sudah dianggap sebagai kakak sendiri.

Menurut Noor Aniza yang senang disapa Aniza, bapanya menghadiahkan sebentuk cincin emas kepada ibu saudaranya yang dipanggil Kak Nora, sebagai menghargai jasa dan peng0rbanan wanita itu menjaga dan membesarkan dirinya sejak berusia tiga tahun.

Ketika dihubungi mStar, Aniza menceritakan apa sebenarnya yang berlaku di sebalik video tular antara bapanya dan nenek saudara yang dipanggil Cikwa sehingga mengundang seb4k warga maya.

“Ayah saya beri hadiah tu sebagai penghargaan. Niat dia cuma nak balas jasa Cikwa yang dia dah dianggap sebagai kakak dengan berkongsi rezeki.

“Ayah pernah cerita dulu masa kecil, Cikwa yang jaga dia. Sampai sekarang pun masih jaga walau ayah dah ada keluarga sendiri. Bagi dia, ayah dah macam adik beradik kandung.

“Cikwa dah lama kehilangan suami dan seorang adik lelaki, jadi ayah sayalah satu-satunya adik lelaki yang dia ada sekarang. Walaupun ada dua orang lagi adik perempuan, tapi dia paling rapat dengan ayah,” katanya.

Menurut Aniza, hadiah cincin emas daripada bapanya itu adalah ‘tidak seberapa’ jika dibandingkan dengan peng0rbanan Cikwa menjaga bapanya.

Mohd Azam dan Kak Nora.

Aniza turut bercerita tentang bagaimana terjadinya ‘drama’ air m4ta antara dua adik-beradik ini.

“Ayah dah lama rancang nak bagi hadiah ni dekat Cikwa. Dia memang dah berangan-angan nak bagi emas tu.

“Mula-mula ayah bagi hadiah tu dekat luar rumah Cikwa. Ayah dengan selambanya datang dan beritahu dia ‘jasamu ku kenang selalu’.

“Lepas dengar ayat tu daripada ayah, Cikwa terus men4ngis sebab rasa seb4k. Saya yang tukang rakam video pun turut rasai kesedihan tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya gembira sebab dapat tengok ayah bahagiakan kakak dia dan dalam masa sama seb4k tengok nenek saudara n4ngis,” ujarnya sambil menambah keluarga tinggal berdekat dengan rumah Cikwa di Terengganu.

Menurut Aniza, Cikwa sebenarnya pernah merasai kehidupan susah bersama bapanya.

Katanya, mereka pernah menjual kuih bersama dalam usaha mencari rezeki suatu ketika dahulu.

Aniza bersama bapanya.

Berikutan perkongsian video yang dimuat naik Aniza di TikTok, rata-rata netizen terharu dan seb4k melihat rakaman tersebut.

Malah warga maya turut menyatakan bahawa mereka kagum melihat video yang mempamerkan kehebatan kasih sayang antara dua individu yang sudah berusia ini.

Dalam pada itu, Aniza menitipkan pesanan kepada masyarakat di luar sana agar sentiasa menyayangi adik-beradik dan ahli keluarga tak kira apa jua yang terjadi.

“Dalam hubungan kekeluargaan, mesti ada salah faham. Kalau boleh nak baik dan mesra macam tu sampai bila-bila.

Aniza (belakang, dua dari kanan) bersama ahli keluarga.

“Saya sendiri sebagai anak bersyukur apabila tengok ayah saya dapat bahagiakan orang yang dia sayang.

“Tambah pula ayah pernah rasa susah sama-sama dulu dengan keluarga sendiri. Sampai sekarang dia sentiasa ada dengan famili waktu susah senang,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*