“Good Idea Lets Do It..” – Syamsul Yusof Sambut Baik Cadangan Maya Karin Mahu Jadi Mahsuri

Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menyambut baik hasrat aktres Maya Karin untuk menterjemah watak lagenda, Mahsuri ke layar perak.

Menerusi laman sosial Instagram, Syamsul berkongsi tangkap layar berita tersebut dengan kapsyen seolah-olah bersetuju dengan tawaran Maya.

“Good idea lets do it @maya_karin,” tulis Syamsul.

Sekitar minggu lalu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke sudah lama mengidamkan watak ikonik tersebut.

Malah, bintang Ponti4nak Harum Sund4l Malam itu memetik nama Syamsul untuk mengarahkan filem tersebut selepas kejayaan filem Mat Kilau yang berjaya mengutip hampir RM100 juta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)


Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya meluahkan rasa teruja selepas melihat idea tersebut mendapat maklum balas positif.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 15,000 tanda sokongan daripada pengikutnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*