Bimbang jadi ny4nyuk… Rozita Che Wan amal surah Yasin, sedar diri sudah tua!

PELAKON Rozita Che Wan berlapang dada menerima kenyataan bahawa usianya kini sudah menghampiri separuh abad apabila ada netizen mengatakan wajahnya berkedut dan kelihatan tua.

Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 49, berkata, apa dikatakan oleh netizen itu adalah realiti dan dia sendiri mengakuinya.

“Orang kata saya tua… Ya saya memang sudah tua! Tiada masalah mengenai perkara itu kerana meskipun sudah berusia tetapi saya masih mampu untuk bekerja dan menguruskan banyak perkara.

“Berkedut itu memang ada dan pada saya golongan muda juga ada kedutan di wajah tetapi sehingga sekarang saya masih tiada uban,” katanya kepada mStar.

Untitled design (1)

Sebelum berumah tangga dengan Zain Saidin, Che Ta sering melakukan senaman kempiskan perut sit-up 400 kali sehari.

Dalam pada itu, Che Ta memberitahu dia tidak kisah dengan penuaan kerana itu adalah perkara biasa dan lumrah sebagai manusia tetapi apa lebih penting kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Bagaimanapun aktres itu mengakui bimbang jika suatu hari nanti dia menjadi nyanyuk dan disebabkan itu juga dia sering mengamalkan membaca surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh.

“Saya pilih untuk tua dalam keadaan sihat berbanding cantik tetapi s4kit. Apa yang saya takutkan adalah menjadi ny4nyuk tetapi Insya Allah perkara itu boleh diatasi sekiranya kita mengamalkan bacaan surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta mended4hkan sebelum mendirikan rumah tangga dengan Zain Saidin, dia sering melakukan senaman mengempiskan perut dengan melakukan sit-up sebanyak 400 kali sehari.

Bagi mengekalkan kesihatan, pelakon drama Lockdown 2 itu juga tidak mengambil makanan segera dalam diet sehariannya namun kalah dengan minuman bergula.

“Sebelum berkahwin dengan Zain boleh buat sit-up 400 kali sehari tetapi sekarang sudah tiada masa. Sejak dulu lagi saya memang tidak suka makan makanan segera dan makanan yang diproses seperti bebola daging atau ikan.

Untitled design (2)

Che Ta menaruh harapan untuk mengenakan stoking tangan dan kaki bagi menyempurkan menutup aurat.

“Namun saya seorang yang sukakan minuman manis dan di rumah selalunya akan ada air sirap atau sirap bandung. Saya memang tak boleh minum air putih sebab akan rasa macam tiada selera,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai usia, Che Ta turut meluahkan hasrat untuk menutup aurat dengan lebih baik kerana ketika ini ia masih belum sempurna.

Che Ta menjelaskan ia bukan sahaja bagi memenuhi permintaan suami tetapi ia sesuatu yang turut menjadi keinginannya dalam memastikan aurat ditutup dengan baik.

“Apabila sudah berusia ini, saya ingin menutup aurat dengan lebih baik. Ya, memang sekarang sudah tutup aurat tetapi belum lengkap.

“Kalau boleh saya nak pakai stoking tangan dan kaki kerana dua benda itu memang saya nak buat. Bila kita asyik kejar dunia, lambat la hendak sampai ke akhirat,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*