“Ni bukan orang ganu tuu kee,” – [VIDEO] Pemuda iras Zizan Razak raih perhatian ramai

Sejak dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua program realiti televisyen, Raja Lawak musim pertama Zizan Razak kini merupakan satu nama yang agak besar dalam industri hiburan.

Bermula sebagai seorang pelawak, lelaki yang berumur 34 tahun itu kini berjaya melebarkan sayapnya dan bergelar pelakon, pengacara, penyanyi, duta produk dan juga usahawan semenjak menceburkan diri dalam dunia hiburan 7 tahun lepas.

Sebut sahaja nama jejaka kelahiran Terengganu ini, pasti ramai yang akan membayangkan gelagat lucunya menghiburkan peminat di atas pentas mahupun kaca televisyen. Selain menjalani rutin biasa sebagai penggiat dunia seni, dia juga antara selebriti yang begitu aktif dalam media sosial.

Baru-baru ini, tular satu video di laman Tiktok yang memaparkan individu yang menyerupai Zizan Razak. Video yang dimuat naik oleh medie456 itu memaparkan seorang pekerja kedai makan yang menyerupai wajah pelawak itu.

“HAHAAHA ni bukan orang ganu tuu kee,” kata medie456 menerusi video tersebut.

Video:

@medie456

HAHAAHA ni bukan orang ganu tuu kee 🤣🤣🤣🤣 #zizanrazak

♬ original sound – zizanrazak869 – zizanrazak869

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 190.9k tontonan, 17.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan video tersebut.

Setiap orang di dunia ini dikatakan mempunyai tujuh orang yang mempunyai wajah yang mirip. Namun, jarak antara individu yang mempunyai wajah mirip ini tidak dapat ditentukan. Agak melucukan sekiranya dapat bertemu dengan orang-orang tersebut dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok medie456

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*