[VIDEO] Kanak-kanak men4ngis nak duit ‘note’ RM3 & RM4 buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @shanana1986, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan men4ngis meminta sesuatu daripada ibunya.

Apa yang mencvri perhatian ialah permintaan kanak-kanak tersebut yang tidak dapat ditunaikan oleh ibunya, iaitu merupakan ‘note’ wang kertas RM3 dan RM4.

“Kenal nombor susah, tak kenal pun susah. Dia nak duit tulis RM3 & RM4,” tulis @shanana1986 menerusi video.

Video:

@shanana1986

#fypシ #viralbaby #tiktokmalaysi #viralvideo

♬ original sound – 💐 NaNa 💐 – 💐 NaNa 💐

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.1 juta tontonan, 60.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok shanana1986

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*