“Mat Kilau Org Mana…” -Ustaz Azhar Idrus S0al Kisah Mat Kilau, Sekali Respon Zizan Buat Ramai Yg Terhibur

Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang penceramah bebas Malaysia. Beliau dilahirkan pada 12 Februari tahun 1964, berasal dari Terengganu. Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat dengan loghat Terengganu.

Sebelum ini beliau ialah seorang pemain gitar dalam satu kumpulan muzik sekitar Kuala Terengganu dan sempat mengadakan beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, beliau menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik, bukannya untuk mencari glamor.

Perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok Zahirdn, yang menjadi salah satu penonton dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus dan disertai seorang selebriti iaitu Zizan Razak.

Zizan Razak merupakan seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penyanyi Malaysia. Beliau dilahirkan pada 14 April tahun 1984, berasal dari Dungun, Terengganu. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dikenali sebagai Zizan Raja Lawak.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Ustaz Azhar Idrus bersama Zizan Razak membuat satu ceramah agama di Karnival Penghayatan Islam TDM Berhad pada 18 Ogos 2022 yang lalu. Beliau soal kisah Mat Kilau kepada Zizan Razak, namun respon Zizan telah membuatkan orang ramai terhibur dengan gelagatnya yang secara spontan dan bersahaja.

VIDEO;

@_zahirdn

Talk show anak muda❤️.. #zizanrazak #uai #terengganu #fypシ #2022

♬ Happier Than Ever – Edit – Billie Eilish

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan terhibur dengan respon Zizan Razak beri kepada Ustaz Azhar Idrus yang secara spontan dan selamba.

Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 1.8M penonton, 210.1K sukaan dan 1153 komen.

KOMEN NETIZEN;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber; TIKTOK / https://www.metro.rimbabara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*