“Happier Than Ever Versi Najwa Latif Memang Buat Air Mata Jantan Aku Mengalir…” – Najwa Latif Buat ‘Come Back’

Imratul Najwa binti Abdul Latif atau lebih dikenali sebagai Najwa Latif merupakan seorang penyanyi, dan pencipta lagu Malaysia. Beliau mulai terkenal menerusi lagu – lagu ciptaan beliau yang diletakkan dalam sebuah laman video, YouTube.

Antara lagu yang paling ‘famous’ ialah lagu Cinta Di Muka Buku. Beliau mencipta kejutan pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 apabila lagunya berjaya memasuki pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 26. Sejak itu, Najwa latif terus aktif dalam bidang nyanyian dan diterima baik oleh masyarakat tidak kira tua atau muda.

Namun sejak kebelakangan ini, Najwa sudah menyepi dan tidak lagi aktif menghasilkan karya baharu. Hal ini demikian kerana, dia kini sibuk menjalankan tugas sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka. Walaupun begitu, dia masih aktif di media sosial seperti tiktok dan Instagram. Dia sering membuat ‘cover’ lagu-lagu yang ‘trending’.

Baru-baru ini tular di media sosial, Najwa Latif membuat kongsian video ‘cover’ lagu terbaharu daripada Billie Eillish iaitu lagu Happier Than Ever dengan versinya yang tersendiri.

Video tersebut mendapat sebanyak 500 ribu tontonan dan 70 ribu sukaan. Nampaknya, ia mendapat komen yang positif daripada netizen. Ramai yang merindui dan mengharapkan Najwa Latif kembali aktif dalam seni tanah air.

Video:

@njwalatif

Happier Than Ever (Cover) ❤️

♬ original sound – Najwa Latif – Najwa Latif

Najwa Latif ni memang artis favourite min sejak kecik lagi. Min doakan Najwa Latif terus sihat dan kembali aktif dalam bidang nyanyian. Komen yang baik-baik yaa..

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinetronmalaya.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*