[VIDEO] “Lah Dah Kahwin?” – Netizen Baru Sedar Bintang MLS3, Namie Sudah Berkahwin

Biarpun sudah setahun mendirikan rumah tangga, namun masih ramai yang belum maklum bahawa bintang Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Namie sudahpun mempunyai isteri.

Menerusi satu hantaran terkini oleh isteri kepada Namie, Izzatul Akma di akaun TikToknya, dia berkongsi beberapa foto dan video bersama suaminya buat tontonan umum.

Bagaimanapun, melihat kepada reaksi wargamaya yang singgah ke ruangan balas, mereka seakan terkejut apabila mengetahui mereka sudahpun berkahwin.

Sementara itu, tidak kurang juga yang memuji pasangan itu dilihat sama cantik dan sepadan.Izzatul turut menyatakan “I love you forever” pada ruangan kapsyen video tersebut.

Untuk info, Namie dan Izzatul sah menjadi pasangan suami dan isteri pada Mei 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Alisa yang dilahirkan pada Mac 2022.

Namie yang juga merupakan anggota kumpulan UBI bersama Fad Bocey dan Sharif Zero sedang beraksi di pentas MLS3.

Video:

@izzatulakmaaa

Nak jugak buat 😝 I love you forever <3 #husbandwife #fyp halal@ɴᴀᴍɪᴇ

♬ original sound – Mrs. N 🌸 – Mrs. N 🌸

MLS 3 dihoskan oleh Elly Mazlien dan Sharnaaz Ahmad, manakala barisan juri dibarisi Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali sebagai juri tetap.

MLS 3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan disiarkan secara esklusif di Astro Warna ( saluran 107).

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://gempak.com/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*