Dalam Kenangan, Tengku Zatashah Kongsi Memori Keluarga Diraja Selangor Bersama Ratu Elizabeth Ii

Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan pemergian Ratu Elizabeth II awal hari ini satu kehilangan besar kepada dunia.

Dalam catatan terbaharu di laman media sosialnya, Puteri Sultan Selangor itu melihat Pemerintah United Kingdom dan 15 Negara Komanwel berkenaan telah mengabadikan hayatnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zatashah (@zatashah)

Dalam catatan kedua di laman media sosial, Tengku Zatashah kemudian berkongsi beberapa gambar memori lawatan Ratu Elizabeth II ke negara ini.

Antara yang dikongsikan adalah lawatan Ratu UK itu ke Istana Alam Shah bersama Almarhum nenda Tengku Zatashah, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj; gambar Baginda bersama ibu Tengku Zatashah, Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal di atas HMS Britannia di Pelabuhan Klang; dan lawatan Baginda ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz bersama ayahanda Tengku Zatashah.

Selain itu, turut dikongsikan adalah gambar Ratu Elizabeth II bersama moyang Tengku Zatashah Almarhum Tengku Ampuan Jemaah sewaktu pertabalan Baginda sebagai Ratu United Kingdom.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zatashah (@zatashah)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zatashah (@zatashah)

Awal pagi ini media melaporkan, Ratu Elizabeth II, yang merupakan pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, telah menghembvskan n4fas terakhir pada tengah hari Khamis (waktu tempatan).

Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland, kata kenyataan Istana Buckingham.

Serentak pengumuman ini, bendera di United Kingdom (UK) serta 15 Alam Komanwel di mana Ratu Elizabeth II menjadi ketua negara diturunkan separuh tiang, sementara semua jadual siaran televisyen dan radio dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber; AWANI / https://b.cari.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*