Uyaina Arshad selamat bersalin bayi lelaki secara pembed4han, Raja Syahiran sambut anak dalam hiba dan gembira

PENGACARA dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada petang Khamis.

Suaminya, pelakon Raja Syahiran, 29, memaklumkan Uyaina bersalin secara pembedahan dan bersyukur isteri dan anaknya berada dalam keadaan selamat.

Pelakon itu turut memberitahu kelahiran anak sulung mereka disambut dengan rasa hiba, sayu dan gembira.

1494511

Pasangan ini berkahwin pada Disember tahun lalu.

“Assalamualaikum anakandaku. Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembed4han berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

Pelakon itu turut menitipkan pesanan buat bayi lelakinya itu dan berdoa agar dia menjadi anak yang soleh, taat kepada ibu bapa dan agama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahiran (@rajasyahiranmy)

“Menjelang Maghrib tanggal 8 September 2022 anakandaku dilahirkan dengan tang!san.

“Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan agama serta menjadi manusia berakhlak mulia dan seorang pemimpin hebat.

“Baba dan Mama sayangkan awak,” tulisnya.

KOMEN RAKAN ARTIS;

Raja Syahiran dan Uyaina mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*