“Dia punya mangkuk mcm ni segini ya,” – Gelagat Jebat Jayden ‘bercerita’ buat ramai terhibur

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mencvri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengvsik ini.

Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di tiktok @noornabila00.

Berdasarkan video yang tular di laman tiktok itu, Jebat Jayden dilihat sedang berbual dengan babanya iaitu Sharnaaz Ahmad.

Apa yang mencvri perhatian ialah celoteh Jebat Jayden yang petah bercerita, dimana walaupun cerita yang disampaikan agak susah untuk difahami, namun kepetahannya bercakap rata-rata menarik minat netizen.

“Bapak channel lain anak channel lain… kesudahannya takde sape paham.,” tulis @noornabila00 di ruangan kapsyen.

Video:

@noornabila00

Bapak channel lain anak channel lain… kesudahannya takde sape paham 😂😂😂 #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp #fypシ゚viral

♬ original sound – Noor Nabila – Noor Nabila

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 63.9k tontonan, 5.3k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat Jayden.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: tiktok @noornabila00

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*