Lampu isyarat merah, pemuda sempat ‘cari pahala’ beri anjing makan! Anak buah ded4h siapa dirinya sebenar

BERBUAT baik tak kira di mana sahaja, termasuk di persimpangan lampu isyarat.

Sementara menunggu lampu hijau, seorang penunggang motosikal memberi makan kepada seekor anjing yang sedang berkeliaran di pembahagi jalan.

Menerusi satu video yang dirakam oleh seorang pemandu kereta sebelum dikongsi di media sosial, tindakan lelaki itu dihujani pujian di ruangan komen dengan orang lain digalakkan melakukan perkara sama.

rider beri anjing makan 3

Seekor anjing berada di persimpangan lampu isyarat.

Berkongsi cerita kepada mStar, individu yang merakam video tersebut, Muhammad Nur Hakim A Karim berkata, ketika itu dia sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di Seremban Gateway di Seremban, Negeri Sembilan pada petang Ahad.

Menurut lelaki berusia 22 tahun itu, dia membuat rakaman secara spontan apabila penunggang motosikal berkenaan membawa pek makanan kucing yang besar.

“Masa tu pukul 1.47 petang, saya dalam perjalanan dari Seremban 2 ke Palong 12, Gemas sebab nak hantar anak ke asrama.

“Mulanya saya pandang rider tu bawa makanan kucing dalam keadaan hujan gerimis. Nampak tangan dia masuk dalam bakul, saya saja rakam sebab memang suka tengok orang beri makanan kat haiwan,” katanya ketika dihubungi.

rider beri anjing makan 4

Anjing berkenaan menikm4ti makanan yang diberikan oleh penunggang motosikal.

Lebih dikenali sebagai Akimkarim, katanya, penunggang motosikal itu dilihat mengambil satu bekas yang lebih kecil mengandungi makanan kucing dan memberikannya kepada anjing.

Bapa kepada dua anak yang berasal dari Seremban itu turut memberitahu bahawa tindakan lelaki tersebut wajar dijadikan contoh dalam konteks bersedekah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Pada pandangan saya, apa yang dilakukan oleh rider tu adalah sangat baik kerana dapat menyampaikan sesuatu yang baik kepada masyarakat kita sekarang.

“Walaupun haiwan itu sekadar seekor anjing jalanan, kita memberikannya makanan itu tetap dianggap sebagai sedekah,” ujarnya yang merupakan penjual alat ganti kereta.

rider beri anjing makan 2

Antara komen netizen.

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna TikTok mengakui penunggang motosikal itu adalah bapa saudaranya dan tindakannya memberi makanan kepada haiwan merupakan satu kebiasaan.

“Pak Lang saya tu. Dia memang suka bagi makan dekat anjing dan kucing yang homeless (haiwan jalanan). Terima kasih sebab doakan yang baik-baik untuk dia,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*