“Pernah J4tuh Katil 2 Kali, Kena C0vldl9 Sekali, Jangan Yang Tervk Lagi Baby,” – Ayda Imbas Memori, Ana Nayla Genap Setahun

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat memuat naik momen istimewa bersama puteri sulungnya, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Genap setahun, Ayda turut menulis coretan teristimewa buat permata hatinya itu.

“You thought us a lot. Stay cute and behave! Jadi anak yang baik, dan orang yang berguna insyaallah. Love you boss baby @ananaylaofficial muka g4rang.

“Pernah j4tuh katil 2 kali, kena c0vld sekali, jangan yang teruk lagi baby… huhu! Baby korang macam mana dalam masa 1 tahun?,” tulis Ayda menerusi ruangan kapsyen di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)


Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut memuji kecomelan Ana Nayla sambil menitipkan doa yang baik-baik buat Ayda seisi keluarga.

Imbas kembali, Ayda dan suaminya, Nabil Mahir mengakui mereka sepakat memilih nama Ana Nayla kerana ia mempunyai maksud yang cukup besar dalam hidup mereka.

“Nayla membawa maksud sukses ‘achiever, successful one’ manakala nama Ana pula kami pilih berdasarkan nama ibu kami.

“Nama ibu saya Rohana manakala nama ibu Nabil pula adalah Diana. Jadi, kami mengambil nama akhir ratu hati kami dan diberikan kepada anak tercinta,” kata Ayda. 

Tambahnya lagi, banyak pengalaman yang diraih apabila impian bergelar ibu tercapai. 

“Pengalaman menjadi ibu memang istimewa, saya takkan boleh beli di mana-mana. Saya dan Nabil sangat bersyukur dengan kehadiran permata hati kami. Sebagai ibu bapa baharu, kami sedang belajar bagaimana untuk menguruskan anak.

“Setiap hari ada saja pengalaman baharu dan kami gembira menempuhi proses terbabit.  Dalam pada itu, kami juga tidak mendapat tidur yang cukup, terutamanya Nabil kerana dia yang buat semua benda.

“Namun, perkara ini bukanlah satu hal yang besar asalkan kami ada dekat dengan Ana,” katanya.

Ayda, 30, mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 selepas mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020, ketika negara masih lagi dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*