Kerap diseru, Raihan pula sertai trend ‘Begitu Sulit’.

Selepas nama diseru berjuta kali, kumpulan nasyid popular Raihan kini muncul menyertai trend TikTok menerusi video popular Begitu Sulit Lupakan Reyhan.

Kandungan pertama dimuat naik dalam akaun TikTok rasmi mereka, kumpulan yang terkenal menerusi lagu Iman Mutiara itu menyaksikan video nyanyian wanita bernama Intan Lembata Bunting tersebut.

“Raihan menonton video Reyhan,” tulis kumpulan yang mempunyai tiga ahli iaitu Che Amran, Abu Bakar dan Amran Ibrahim berkenaan.

Kurang satu hari dikongsi, video tersebut meraih lebih sejuta tontonan dan 104,000 tanda suka.

Video:

@raihannasheedofficial

Raihan menonton Reyhan. Begitu syulit. #reyhan #begitusyulitlupakanrehan #raihan#garismasaraihan

♬ Begitu Sulit Lupakan Raihan – Audio Library

Tidak berhenti di situ, mereka sekali lagi mencuit perhatian umum apabila menyanyikan semula lagu Cukup Dikenang Saja nyanyian asal kumpulan The Junas Monkey.

Sejak minggu lalu, trend lagu Begitu Sulit tular dalam media sosial sehingga meraih lebih berjuta respon daripada pengguna TikTok.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*