Talam keladi RM10 mahal? Peniaga akur hadap KPDNHEP, ada pelanggan tak fikir kos… mengadu kuih jualannya ‘cek1k d4rah’

KETIKA ini, kebanyakan harga barangan seperti barang keperluan dapur serta bahan mentah semakin mencatatkan peningkatan.

Situasi ini sekali gus menyebabkan para peniaga khususnya peniaga makanan tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa menaikkan harga jualan mereka kerana perlu menampung kos modal yang dikeluarkan.

Ekoran tindakan tersebut, golongan peniaga sering berdepan dengan kec4man atau rungutan para pelanggan kononnya sengaja mengambil kesempatan meletakkan harga ‘cek1k d4rah’ dan mengaut keuntungan secara berlebihan.

Dalam satu perkongsian video yang kini tular di aplikasi TikTok, seorang peniaga melu4hkan perasaan kerana berdepan tindakan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) susulan aduan daripada pengguna.

Menurut peniaga tersebut, pengguna berkenaan membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana harga kuih talam keladi jualannya did4kwa mahal iaitu RM10 untuk satu bekas.

Dalam video tersebut, peniaga berkenaan membuat penjelasan terperinci mengapa kuih jualannya diletakkan dengan harga sedemikian.

“Drama di sebalik talam keladi berlauk. Kami akui harga kami sedikit mahal, tetapi demi menghasilkan kuih premium, kami menggunakan bahan-bahan yang juga mahal.

“Kami menggunakan udang kering gred A, kami juga menggunakan keladi dan santan ori tanpa menggunakan tepung.

talam 1

Peniaga menjelaskan bahan-bahan yang digunakannya merupakan bahan premium.

“Demi menghasilkan homemade sauce, kami terpaksa membeli bahan di Jaya Grocer. Ya, kami tak jumpa lagi, taucu berkualiti tinggi di kedai supermarket biasa.

“Bawang goreng kami juga bukan bawang goreng tepung,” jelasnya.

Dalam nada berbaur kecewa, peniaga tersebut turut ‘menegur’ mentaliti sesetengah individu yang beranggapan kuih tradisional patut berharga murah.

“Bukan senang sebenarnya nak buktikan yang kuih Melayu mampu setanding dengan desserts dari luar negara sebab kita sudah terbiasa dengan harga tidak boleh lebih dari RM3.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Namun pengalaman ini membuatkan saya lebih berhati-hati dengan harga. Kami putuskan untuk kecilkan lagi saiz supaya harga lebih menjadi mampu milik untuk semua orang.

“Dengan harga yang sudah terpapar, marilah kita semua menjadi pembeli yang bijak,” lu4hnya lagi.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih melebihi 380,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami situasi yang dilalui peniaga berkenaan dan memberikan kata-kata sokongan buatnya.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada peniaga berkenaan.

“Suruh dia buat sendiri lain kali. Sedapnya nampak, kalau dekat saya beli dah ni.

“Ini masalah customer kadang-kadang tak tahu harga kos untuk barang-barang mentah. Macam saya baker, memang kadang serba salah nak beritahu harga, padahal semua mahal.

“Nak makan tapi berkira dengan diri sendiri susahlah. Nak murah, buat sendiri,” demikian antara komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*