Lee Chong Wei Jadi Atlet Pertama Malaysia Ada Patung Lilin Sendiri Di Madame Tussauds!

Pemain legenda badminton negara dan juga bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kini mempunyai patung lilinnya sendiri yang telah dilancarkan secara rasmi di Madame Tussauds, Singapura semalam.

Sebaris dengan nama-nama tersohor

Pengurus besar Madame Tussauds, Steve Chung mendedahkan bahawa pihaknya amat berbesar hati menjadi orang pertama yang membawakan patung lilin milik bintang sukan terbaik dari Asia iaitu Lee Chong Wei dan setanding dengan nama-nama tersohor dalam ‘Hall of Fame’ Sukan di Singapura.

Legenda sukan merupakan insan yang membanggakan, mereka ada keupayaan tersendiri untuk menarik hati peminat dalam masa sama dapat berikan inspirasi kepada orang lain.

Akan pindah ke Hong Kong

Sementara itu, Lee Chong Wei sendiri turut meluahkan kegembiraannya dan keterujaannya dapat melihat sendiri patung lilinnya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak Madame Tussauds kerana berjaya menghasilkan patung lilin buat dirinya. Malah, Lee Chong Wei juga tidak sabar untuk ‘bertemu’ dengan peminatnya dari seluruh dunia.

Ini kerana, peminat seluruh dunia dapat melihat ‘dirinya’ di Singapura sehingga suku pertama tahun 2023 kerana selepas itu patung lilinnya akan dipindahkan ke Hong Kong.

VIDEO;

@leechongweiofficial

Can you tell who is the real me? #MTSGxLCW #MTHKxLCW #李宗伟蜡像

♬ original sound – Lee Chong Wei Official – Lee Chong Wei Official

KOMEN NETIZEN;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Instagram @leechongweiofficial / Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*