“Siap tangan berpusing,”- [VIDEO] Kefasihan wanita guna bahasa Tamil cvri perhatian ramai

Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk, yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Jadi, tidak hairan jika rakyat malaysia masing-masing belajar bahasa antara satu sama lain.

Sekarang ini tidak kira kita orang Melayu atau Cina, kalau orang melayu boleh berbahasa India itu tidak lagi menjadi satu kejutan sebabnya makin ramai yang belajar bahasa Cina atau India. Ianya memudahkan kita untuk berkomunikasi jika mereka tidak fasih berbahasa Melayu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @qurratulainaiminor memaparkan seorang wanita yang difahmakan ibu kepada pemilik video sedang berbual dengan seorang wanita lain berbangsa India.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah bahasa komunikasi yang digunakan kedua-dua wanita tersebut, dimana ibu kepada pemilik video dilihat begitu fasih menggunakan bahasa Tamil.

“Bila mak aku balik kampung jumpa geng,” tulis @qurratulainaiminor menerusi video.

Video:

@qurratulainaiminor

#mak #melayu #original semua #kaum kita #kawan #1malaysia 💙 #melayu #india #bahasamelayu #bahasatamil #pangkorisland #anakemak 😘

♬ DJ Sipak Nando Nando Meyden x DedeOmat – dedeomat

@qurratulainaiminor

Membalas kepada @jejari_kentang #betul mak dr kecik dok #estate dah #kawin baru ikut abah dok #pulau

♬ bunyi asal – QurratulAinAimiNor – QurratulAinAimiNor

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 292.4k tontonan, 21.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata teruja dengan kefasihan wanita tersebut menggunakan bahasa Tamil.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok qurratulainaiminor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*