“Mahal jiwa dia,” – [VIDEO] Dua remaja raih pujian lepas kongsi makanan dengan kucing

Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah ini bukan sahaja mendapat ganjaran pahala tetapi akan dibalas dalam pelbagai bentuk kebaikan dimana kadang-kala kita sendiri tidak sedar akan perkara tersebut.

Selain itu berkongsi rezeki dengan yang lain sudah tentunya satu amalan yang terpuji dan patut dicontohi yang lain. Macam gelagat dua orang remaja ini yang meraih perhatian apabila dia berkongsikan makanan yang dimakannya bersama seekor kucing.

Terbaru menerusi video di laman Tiktok yang dimuat naik oleh @eyqa_qq memaparkan dua orang remaja yang sedang makan di sebuah kedai makan.

Apa yang mencvri perhatian ialah tindakan dua remaja tersebut yang berkongsi ayam yang dimakan dengan seekor kucing, bahkan salah seorang remaja tersebut menyediakan pinggan khas dan memotong isi ayam untuk kucing tersebut.

“Bagus betul adik ni kongsi rezeki dengan kucing tu. Tadi siap potong potongkan isi ayam tu bagi makan sekali dalam pinggan tu,” tulis @eyqa_qq menerusi video.

Video:

@eyqa_qq

semoge awak dilimpahkan rezeki 🤲🏻

♬ original sound – Doc70r – Doc70r

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 407.2k tontonan, 38.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji sikap kedua-dua remaja tersebut serta mendoakan mereka supaya sentiasa dimurahkan rezeki.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok eyqa_qq

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*