RESAM dunia perniagaan, para peniaga pastinya tidak lari daripada berdepan pelbagai cab4ran dan dvgaan dalam mencari rezeki.
Adakalanya mereka terpaksa berhabis wang ringgit untuk dijadikan modal demi menjayakan bisnes yang baru dibina.
Namun, sikap segelintir manusia tidak bertanggungjawab ada kalanya menjadi punca sesuatu perniagaan itu terbengkalai atau musn4h di tengah jalan.
Situasi m4lang itu terpaksa dilalui seorang pemilik kedai makan dipercayai di Kelantan apabila dia dipermainkan pekerjanya.
“Tak sangka kena sc4m! Dapat berniaga sehari je. Niat saya nak tolong orang saja.
“Dah cakap nak kerja, suami isteri buat hal. Penebar roti canai buat hal, saya tunggu pagi tadi tak datang pun. Dia cakap motor buat hal, aku boleh terima lagi.
“Tunggu punya tunggu, tak datang juga. Call tak angkat, WhatsApp tak balas,” tulisnya pada video yang dikongsikan di TikTok.
Susulan itu lelaki berkenaan terpaksa menurunkan kain rentang (banner) yang digantung di depan kedainya kerana tidak boleh beroperasi tanpa penebar roti canai.
Lebih mengecewakan apabila lelaki berkenaan memaklumkan perniagaan roti canai yang diusahakannya hanya sempat beroperasi selama sehari.
View this post on Instagram
“Banner ni pun baru petang semalam saya pasang. Modal beribu habis beli barang-barang. Tak apalah, mungkin ini ujian Allah SWT.
“Selamat tinggal banner roti canai. Terpaksa cari penebar lain atau cari tukang masak lain, aku reda.
“Mula-mula nak sangat kerja, akhirnya bayang pun tak ada,” tulisnya penuh kesal.
Melihat di ruangan komen, warga maya menyatakan rasa simpati dengan nasib lelaki ini.
Pada masa sama, netizen turut memberikan kata-kata semangat buat lelaki ini agar tidak berputus asa dengan ujian dihadapi.
Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan netizen yang mencadangkan agar pemilik kedai itu belajar menebarkan roti canai bagi meneruskan perniagaan.
Komen warga maya di TikTok.
“Mana-mana kedai pun masalah sama. Tukang tebar dah pandai demand dan cari gaji lebih tinggi. Susah nak cari yang setia. Bersabarlah.
“Maaf tuan, berniaga makanan tak boleh harapkan orang. Kita kena tahu semua benda.
“Sabar tuan, cuba buat sendiri. Sekarang nak cari pekerja susah tambahan pula apabila kerja tu upah tak mahal mana.
“Ramai sekarang memilih kerja jadi jangan harapkan orang,” ujar beberapa netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply