Berani! Ramai Tabik Wanita Berani Tukar Lampu Atas Puncak KLCC – ‘Ni Baru Iron Lady Sebenar!’

Tular di media sosial ketika ini satu video TikTok yang dikongsikan di media sosial yang menunjukkan seorang NDT Technician wanita menjalankan tugas menukar lampu di puncak Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Ramai ‘salute’ iron lady

Apa yang mencvri tumpuan netizen adalah keberanian dan ketenangan wanita yang digelar sebagai ‘iron lady’ itu memanjat salah satu menara tertinggi negara untuk menukar lampu.

Ini kerana, rata-rata berpendapat bahawa tugas itu agak bahaya serta berisiko tinggi untuk dilakukan oleh kaum Hawa dan kebiasaannya ia merupakan tugas bagi technician dari kalangan lelaki.

Bukan itu saja, dari video yang dikongsikan itu juga menampakkan wanita berkenaan dengan selamba melambai ke arah drone yang merakam proses kerja-kerja pembaikan menara tersebut.

‘Kita mampu tengok jelah’

Sementara itu, di bahagian komen pula ramai yang memuji ketenangan wanita tersebut dengan mengatakan bahawa mereka sendiri tidak mempunyai keberanian yang tinggi untuk melakukan perkara sama.

Hebatnya! Kita yang tengok kat skrin telefon ni pula yang berpeluh-peluh tangan.

Kalau aku hilang dah rasa lutut tu. Memang tak dapat berdiri tegak lepas dah selesai buat kerja. Semoga dimudahkan segala urusan kak!

Ternyata wanita itu sendiri kerap memuat naik video berkongsikan pengalaman kerja-kerja teknikal yang dilakukan di akaun Tiktok miliknya sendiri di @mayasidek.

Video:

@siva_wwc6

Iron Lady spotted.

♬ Do I Wanna Know – Radio Tyrant

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*