Pekin Ibrahim Larang Mona Allen Umum Sudah Bertudung Di Laman Sosial, Bimbang Jika Isteri ‘On Off’… “Bukan Saja Netizen, Saya Sendiri Pun Akan Hent4m”

Pelakon Pekin Ibrahim mended4hkan isterinya iaitu akres Mona Allen tidak pernah memaklumkan kepadanya mengenai keputusan untuk memakai tudung.

Menerima baik perubahan tersebut, Pekin bagaimanapun menasihati isterinya agar tidak membuat sebarang pengumuman di media sosial mengenai imej berhijab itu.

“Saya tak pernah p4ksa dia bertudung… mulanya saya ingat dia tak serius, tapi dua tiga hari dia bertudung dan ada satu hari tu bila kawan saya datang rumah, dia sibuk nak mencari tudung untuk dipakai.

“Dia tak beritahu saya pun nak bertudung. Tapi saya pesan pada dia, tolong jangan umum dekat media sosial dah bertudung. Biarlah kalau nak post gambar bertudung tapi jangan sekali kali cakap ‘aku dah berhijab’.

“Sebab saya tak nak nanti, angin dia berubah, tiba-tiba nak buka tudung. Nanti lagi la netizen kec4m, bukan kata netizen saja tapi saya sendiri akan hent4m,” katanya kepada Gempak.

Sekitar Jun lalu, Mona mula memuat naik foto mengenakan hijab di laman sosial tanpa sebarang penjelasan atau pengesahan ketika dirinya sedang hamil cahaya mata pertama.

Sementara itu, Pekin juga beranggapan ramai selebriti menerima lebih banyak tawaran berlakon selepas mengambil keputusan untuk berhijab.

“Bagi saya, once dah buat kena komited. Kalau rasa masih nak ‘try’ lagi, jangan la umum. Lagipun, rezeki ni Allah yang bagi. Ramai saja yang bertudung, job berlambak-lambak. Bila bertudung ni, biar niat dengan betul,” ujarnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*