Achey Kena Bebel Dengan Isteri Beli Motor Baru – ‘Motor Apa Lagi B?’

Di TikTok, isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal Achey, memuat naik satu video yang menunjukkan suaminya itu dibebel ketika sedang berurusan dengan beberapa orang lelaki bersama motosikal barunya.

Motor baru lagi?

Atas sebab minatnya yang besar terhadap motosikal dan aktiviti berkaitan permotoran, Achey sekali lagi menerima bebelan dari isterinya ketika motor yang baru dibelinya itu sampai ke rumah. Video dengan kapsyen ‘Tak lama lagi rumah aku dengan office buat show room je la kalau macam ni’ berjaya mencuit hati netizen.

Menerusi perkongsian video tersebut, Achey hanya mampu terdiam sambil diketawakan oleh dua orang lelaki lain dan akhirnya menjawab dengan lembut soalan dari wanita bernama Anne itu.

Video:

@anne_achey21

Tak lama lagi rumah aku dgn office buat show room jela by kalau mcm ni….. Moto lagi…. @acheykintangkintung

♬ bunyi asal – Anne_achey21✅ – Anne_achey21✅

Motor apa lagi B? Dah berpuluh-puluh ribu dah motor dekat rumah ni. Motor apa lagi yang kau beli? Kau jangan racun orang lain.

Mendengar beb3lan yang dirakam, rata-rata netizen terhibur dan memahami nasib yang dialami Achey. Dalam pada itu, ada juga yang sempat memberikan cadangan kepada pelawak itu untuk memujuk isterinya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*