[VIDEO] Aksi warga emas raih ‘strike’ bikin ramai cembvru

Aksi seorang wanita warga emas yang meraih ‘strike’ ketika bermain boling bersama anak-anaknya mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen.

Perkongsian video melalui akaun TikTok @doaspmuntukmin yang juga anak kepada wanita tersebut menyaksikan aksi santai ibunya yang menggolekkan bola boling sekali gus menjatuhkan semua pin yang ada.

Sejurus video itu telah tular, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah rasa kagum dengan kelincahan wanita tersebut.

Dalam sudut pandang lain, terdapat netizen yang memuji keluarga mereka khususnya anak kepada wanita tersebut kerana meluangkan masa bersama ibunya dan membiarkan ibunya melakukan apa yang dia suka.

Video:

@doaspmuntukmin

keno ado gayo baru strike 🤣 #fypシ

♬ suara asli – Shycoo – Shycoo

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih sebanyak lebih 600,000 tontonan, 65,300 tanda suka dengan 1014 perkongsian dan dimeriahkan dengan pelbagai komen daripada netizen.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*