[VIDEO] Gelagat kanak-kanak selamba tenung Tan Sri Muhyiddin Yassin buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @friendsofmuhyiddinyassin, kelihatan dua individu sedang berbual dan seorang kanak-kanak berada bersebelahan dengan salah seorang individu tersebut.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah gelagat kanak-kanak tersebut yang seakan bersahaja berada di tepi salah seorang individu tersebut, yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sama-sama tenang ..,” tulis @friendsofmuhyiddinyassin menerusi video.

Video:

@friendsofmuhyiddinyassin

Sama-sama tenang … #swipe #bersihstabil #fypmalaysia🇲🇾tiktok #abah #PNbest #healingmalaysiaku

♬ original sound – Haqiem_stopa – Haqiem_stopa

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 476.6k tontonan, 34.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok friendsofmuhyiddinyassin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*