Sedih kedai dapat ‘bad review’ belum hilang, Allah beri rezeki pemilik Kieda Crepe ditaja buat umrah – “Nikmat apa kita nak dustakan bila bersabar?”

KEDAI pencuci mulut viral Kieda Crepe menjadi perhatian ramai selepas tularnya video reviu makanan yang dilakukan sekumpulan individu secara bi4dab, baru-baru ini.

Sejak kekecohan itu, pemilik Kieda Crepe iaitu Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda tidak putus-putus menerima sokongan netizen yang mahu dia terus kuat dan mengabaikan segala tohm4han dan krit1kan berbaur negatif dalam perniagaan.

Terbaharu, Kieda memaklumkan dia dan suami, Mohd Hilmy Mohd Zaki menerima rezeki yang tidak disangka-sangka apabila dihadiahkan tiket penerbangan ke Makkah daripada pengasas produk kosmetik Anas Zahrin.

“Nikmat apa lagi kita nak dustakan bila bersabar? Ya Allah, dari semalam asyik men4ngis. Sebak tak tahu nak cakap macam mana.

“Luasnya rezeki Allah. Terima kasih abang Anas belanja Kieda dan suami ke tanah suci, semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Lillahitaala macam mimpi Allah dah jemput ke rumah dia,” ujar Kieda.

Menurut Kieda, dia tidak mengenali Anas secara peribadi namun tersentuh dengan sikap pemurahnya yang memberikan hadiah berharga itu selepas berlakunya kejadian tular baru-baru ini.

“Satu lagi kejutan untuk Kieda dan suami. Sama ada orang kenal atau tak, abang bernama Anas Zahrin ni, dia manusia yang baik hati, mulia hati dia.

“Kieda tak kenal dia, tapi ada satu warkah dia WhatsApp Kieda. Lepas tu tadi dia call Kieda, dia dah bagitahu date Kieda pergi bila… awal Disember.

Birthday Kieda 1 Disember, Kieda pergi umrah 2 Disember. Anda doa semoga dipermudah segala urusan Kieda, suami dan semua team yang ke sana. Terima kasih ya Allah,” ujar Kieda dalam satu video bersama suaminya di TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Dalam satu posting berlainan, Anas menjelaskan dia memberikan hadiah itu sebagai tanda persahabatan dan hadiah atas kebaikan Kieda dalam membantu peniaga kecil lain menerusi kedainya yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dalam warkah buat Kieda, Anas berkata dia faham kesedihan yang dilalui wanita itu namun berharap dia dan suami tidak berhenti membuat kebaikan dan memberi manfaat buat masyarakat.

“Setiap ujian, segala benda yang Allah hadirkan terutama halangan, rintangan juga dugaan pasti ada hikmah serta kebaikan. Abang Anas faham, Kieda dan suami juga manusia biasa.

kieda3

Pemuda ini mohon maaf selepas buat reviu kedai Kieda Crepe menggunakan bahasa kes4t.

“Kieda juga punyai hati dan perasaan. Abang Anas sangat faham dan ya betul, kita semua tak terlepas rasa sedih bila orang cakap perihal kita walaupun mereka tak kenal kita.

“Tapi satu benda yang abang Anas pesan, teruskan buat kebaikan dan sebarkan manfaat pada semua. Kieda bantu vendors sangat ramai. Ramai sangat yang cari rezeki bersama Kieda. Bukan senang nak handle semua.

“Abang Anas nak hadiahkan Kieda dan suami tiket penerbangan umrah untuk Kieda dan suami. Anggaplah ini sebagai tanda persahabatan, sebagai hadiah atas segala kebaikan juga contoh terbaik yang Kieda beri kepada semua,” ujar Anas dalam warkah itu.

kieda2

Anas menghadiahkan tiket penerbangan umrah buat Kieda dan suami.

Ahad lalu, mStar melaporkan seorang lelaki bersama rakan-rakannya membuat reviu ‘terlebih jujur’ mengenai kedai Kieda Crepe sehingga tergamak menyamakan pencuci mulut yang dibeli dengan perkataan yang tidak elok.

Selepas teruk dikecam netizen, lelaki dikenali sebagai Faiz Roslan itu tampil membuat permohonan maaf terhadap Kieda dan suaminya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*