“Ibu tak tau nak marah ke nak gelak,” – [VIDEO] Gelagat kanak-kanak ‘make-up’ adik buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @arfiza_farzira1, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dilihat berada di sebelah sebuah kerusi sambil melakukan sesuatu tanpa pengetahuan perakam yang merupakan ibunya.

Apa yang mencvri perhatian ialah rupa-rupanya kanak-kanak tersebut sedang memakai gincu kepada adiknya, sambil kanak-kanak itu dilihat seakan ‘redha’ mel4yan kerenah abangnya.

“Ibu tak tau nak marah ke nak gelak, nak pengsan ibu tengoknya,” tulis @arfiza_farzira1 menerusi video.

Video:

@arfiza_farzira1

ibu tak tau nak marah ke nak gelak 🤭🤣 nak pengsan ibu tengoknya 😂😂😂 #fyp #fypシ #foryoupage

♬ original sound – SayDee❤💙 – 𝐒𝐚𝐲𝐃𝐞𝐞❤💙

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 395.1k tontonan, 14.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok arfiza_farzira1

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*