“Balik kena bebel dengan mak,” – [VIDEO] Gelagat kanak-kanak belajar buat ramai terhibur

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @annis5454, pemilik video yang difahamkan seorang guru merakam suasana pembelajaran kanak-kanak di satu bilik darjah.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat salah seorang daripada kanak-kanak tersebut, yang selamba menyebut semula apa yang diajar oleh gurunya, sambil duduk di atas lantai tanpa beralaskan apa-apa.

“Marah tolak tepi… janji awak nak belajar,” tulis @annis5454 di ruangan kapsyen.

Video:

@annis5454

Marah tolak tepi… janji awak nak belajar😍☺️ #fypシ

♬ original sound – Annis umi – Annis umi

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 333.4k tontonan, 12.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: tiktok annis5454

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*