P4ru-P4ru Berd4rah, Ungku Ismail Ded4h Nad Zainal Terp4ksa Lalui Prosedur Intubasi – “Doktor Kata Nampak Dia Struggle Untuk Bernafas”

Pelakon Ungku Ismail memberitahu aktres Nad Zainal mula berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas sehari selepas itu.

Menurut Ungku, Nad akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke hospital pada Ahad dan keadaan dadanya kembali okay selepas makan ubat yang diberikan oleh doktor.

“Jumaat lepas, dia bangun tidur tiba-tiba rasa nak pit4m dan loya tapi tak mvntah. Tapi dia pergi set juga, waktu nak solat tu dia kata nak pergi klinik dan doktor cakap hanya acid reflux.

“Jadi, dia hanya makan ubat. Tapi hari mengundi, Sabtu, kami pergi makan, dia mengadu dada rasa ketat, susah nak bernafas… nafas dia berbunyi.

“Esoknya, Ahad, nak pergi set tapi dia tak larat dan terus pergi hospital, doktor bagi ubat dan balik sebab dada dah rasa okay,” kata Ungku kepada Gempak.

Bagaimanapun Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin dan doktor mengesahkan p4ru-p4runya dipenuhi d4rah selepas menjalani imbasan CT.

Selepas selesai membawa keluar semua d4rah, doktor terp4ksa melakukan prosedur intubasi sekitar pukul 6 petang semalam disebabkan Nad berdepan masalah pernafasan.

“Tapi Isnin itu dia dah tak tahan sangat, malam terus pergi jumpa doktor pakar. Masuk unit kecemasan dan bila buat CT scan, doktor sahkan p4ru-p4ru penuh dengan d4rah.


“Terus lakukan prosedur keluarkan semua d4rah. Alhamdulillah, prosedur itu dah selesai tapi dalam keadaan macam ini, p4ru-p4ru masih basah, bernafas pun susah.

“Bila tengok pun sedih juga keadaan dia nak bernafas, doktor kata nampak dia struggle untuk bernafas. Jadi, doktor ambil keputusan lakukan prosedur intubasi sekitar pukul 6 petang semalam.

“Sebab nak pam antibiotik dan ubat untuk pulihkan p4ru-p4ru dan badannya. KIta tak nak dia struggle untuk bernafas,” ujarnya lagi.

Memohon doa agar Nad kembali sedar awal dari tempoh 72 jam, Ungku turut berharap tiada pihak yang membuat spekulasi tidak benar mengenai keadaan aktres berusia 32 tahun itu.

“Saya mohon semua orang doakan dia untuk sedar lebih awal. Ikutkan prosedur itu 72 jam tapi sama-sama kita doakan agar Nad sedar dalam masa terdekat ini.

“Doktor masih tidak dapat kesan apa punca p4ru-p4runya berd4rah tapi yang pasti bukan disebabkan long c0v1d. Harap semua orang jangan buat spekulasi tidak betul,” katanya.

Terdahulu Nad dilaporkan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Ampang Puteri, ak1bat j4ngkitan kvman di p4ru-p4ru.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*