[Video] dikhabar bakal kahwin esok dengan syifa melvin, safawi rashid kunci mulut

Nama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dan pempengaruh Syifa Melvin hangat diperkatakan selepas dikhabarkan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada keesokan hari, 28 November.

Tak perlu tahu

@yxasyx

clear ? #safawirasid29 #johordarultakzim🔴🔵 #fypシ #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – ᥫ᭡ 𖥻 𝐅𝐈𝐒𝐘𝐀 ۰ ໋࣭ヾ – ᥫ᭡ 𖥻 𝐅𝐈𝐒𝐘𝐀 ۰ ໋࣭ヾ

Menerusi siaran langsung (live) baru-baru ini, Safawi masih tidak mengesahkan mengenai berita gembira tersebut. Kata Safawi, 25, netizen tidak perlu mengambil tahu perihal perkahwinannya kerana masa itu akan sampai di waktu tepat.

Fasal kahwin anda semua jangan (ambil) tahu la. Bila saya nak kahwin, dengan siapa saya kahwin. Ada rezeki, ada jodoh, saya akan berkahwin. Anda jangan risau.

Dah k4ntoi

Bagaimanapun, di ruang komen ada seorang pengguna media sosial memberitahu majlis akad nikah akan diadakan esok dengan bertemakan warna putih. Manakala, di sebelah Safawi akan diadakan pada 3 Disember ini.

Selain itu, ada juga segelintir yang tidak berpuas hati apabila pemilik nama Muhammad Safawi Rasid masih merahsiakan tentang perkahwinan yang sudah tersebar.

Sebelum ini, Syifa berkata mereka selesa dengan kehidupan privasi tanpa menghebahkan selagi belum sah ikatan.

Terdahulu, kisah percintaan Safawi dan Syifa menjadi bualan orang ramai, namun tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua belah pihak yang mengatakan mereka menjalin hubungan istimewa.

Sumber: TikTok @yxasyx

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*