Momen suami isteri berkerusi roda berpelvkan undang seb4k… 3 minggu cinta hati abah bertarung ny4wa di IJN

KASIH sayang ditonjolkan dua insan ini adalah bukti cinta sejati itu hidup subur tanpa mengira batas usia dan waktu.

Menerusi perkongsian di TikTok Fhm1709, kelihatan kedua-dua warga emas yang bergerak menggunakan kerusi roda itu saling berpelvkan disulami linangan air m4ta bagi melepaskan rindu.

Menurut si anak, kedua-dua orang tuanya ‘berpisah’ buat seketika kerana ibunya terpaksa menerima rawatan di Institut J4ntung Negara (IJN) selama tiga minggu.

Difahamkan momen istimewa itu sengaja dirancang anak-anak sebagai kejutan kepada bapa mereka di rumah.

Menepati jangkaan, keceriaan jelas terpancar di wajah si bapa tatkala isterinya pulang ke pangkuannya semula.

“Kami masuk senyap-senyap hingga abah tak perasan kehadiran kami.

“Sehinggalah mak beri salam.

“Abah betul-betul terkejut hingga berlinangan air m4ta kedua-duanya… rindu setelah terpisah lebih tiga minggu,” katanya.

Berdasarkan perkongsian itu juga, tahap kesihatan si ibu dikatakan berada pada tahap krit1kal ketika menerima rawatan di IJN.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Surprised kan abah. Cinta hati dia dah discharged dari IJN.

“Setelah tiga minggu lebih bertarung nyawa dan kritikal.

“Inilah limpah kurnia Allah. Alhamdulillah mak beransur pulih. Terima kasih pada yang mendoakan kesembuhan mak,” tulis pemilik video berkenaan di ruangan kapsyen.

Untuk rekod, hingga kini video tersebut ditonton lebih 814,000 pelayar di TikTok.

Komen netizen di TikTok.

Netizen juga tak henti-henti mendoakan agar kedua-dua ibu bapa pemilik video berkenaan diberikan kesembuhan yang baik.

“Bahagiannya walaupun sama-sama sakit.

“Air mata saya laju keluar. Semoga mak dan abah diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan.

“Allahuakbar, terharu. Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk ayahanda dan bonda ini. Bersama hingga hujung nyawa,” komen netizen pada video.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*